bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Monday 8 August 2011


Hai awak, bleh tak sy nak berkenalan dgn awk ? sy nak sangat kawan dgn awak Iman...tolonglah terima sy sebagai kawan awk dulu...pleaseee Iman...
Itulah paparan mesej yang baru sahaja Iman terima.’’Huh, mamat ni lagi. Tak habis-habis ganggu hidup aku. Hari –hari mesej aku cakap benda yang sama. Aku cakap tak nak dia tetap jugak kacau-kacau aku.’’ luah Nurul Iman Adrianna kepada Nur Alia Arisya, sahabat baiknya. ‘’Ala Iman kau layan jelah mamat tu, untung nasib boleh jadik pakwe kau, hehehe’’ujar Lia sambil tersenyum kambing pada Iman. Iman menjegilkan matanya pada Lia ‘’haaaa apa kata , kalau kau nak sangat kau jelah layan mamat tu. Aku tak naklah layan dia. Dah lah tak kenal tiba-tiba je hantar mesej kat aku nak kenal-kenal dengan aku. Entah datang dari mana pun aku tak tahu. Kang tak pasal-pasal dia permainkan hati aku perasaan aku macammana?? Sapa nak jawab?? ‘’ soal Iman pada Lia.
‘’Hmmm betul jugak cakap kau tu Iman. Kang tak pasal-pasal kawan aku nih makan hati berulam airmata pulak’’ Lia berkata sambil mengerutkan mukanya. ‘’ Yang kau berkerut-kerut ni napa? Hihihi janganlah buat muka camtu nanti hilang kecomelan muka kau tu tahu tak’’gelak Iman.’’ jangan marah Lia aku gurau je’’gurau Iman kepada Lia. Alia mempertahankan dirinya ‘’ehhh kau cakap baik sikit tau,aku walau buat mimik muka macamana pun tetap comel tau..hahaha... takdelah Iman,aku Cuma fikirkan tentang mamat tu,napa tak habis-habis dok kacau kau. Apa ekk yang dia nak dari kau? Betul ke dia ikhlas nak kawan dengan kau atau dia ada maksud lain?’’ Iman mengeluh sambil membetulkan posisi badannya ‘’ entahlah Lia,aku pun tak tau apa yang dia nak dari aku. Nampak macam betul-betul ikhlas nak kawan dengan aku. Dah hampir sebulan dia mesej aku tanpa jemu semata-mata nak kawan dengan aku. Aku bukan taknak terima tapi aku takut dia ada simpan muslihat. Yelah, dari mana dia dapat nombor telefon aku pun aku tak tahu. Tu yang buat aku takut tu.’’ Terang Iman.’’ Apa kata kau terima je dulu. Kau kawan je dengan dia,mana tau dia betul-betul ikhlas dengan kau’’pujuk Lia. ‘’ hmmm nantilah aku fikirkan dulu. Ehh Lia jomlah kita g sekarang,nanti terlewat pulak kita sampai kelas’’ kata Iman sambil bangun melangkah menuju ke pintu.

******************************​******************************​**********************

Salam..Iman boleh tak sy nak kawan dengan awk? Dah lama sy nak kenal dgn awk.. sy bekenan sgt ngn awk..please Iman..terima sy sebagai kawan awk..
Iman akhirnya membalas mesej tersebut.

Oklah..sy terima awk sebagai kawan sy.. tapi tolong jangan main-mainkan perasaan sy..sy terima awk sebagai kawan sy seikhlas hati..Jadi sy harap pun awk seikhlas hati nak kawan dengan sy tanpa apa-apa niat..boleh awak berjanji takkan permain dan pergunakan sy untuk sebarang tujuan? Sebelum tu,siapa awk ni? Nama awak apa?mana awak dapat nombor sy?

Dan 5 minit kemudian lelaki tersebut pun membalas mesej Iman

Nama sy Hafiz Arif student Uitm jugak ambik kursus kejuruteraan mekanikal. Sy mintak nombor fon awk pada member awk..tak perlulah sy ckp sape dia sb sy dah janji dgn dia takkan bgtaw identiti dia. Terima Kasih sebab sudi terima sy jadik kawan awk. Happy sgt2 sb awk sudi jugak nak kawan dgn sy Iman. Sy berjanji takkan permainkan awk dan sy jugak iklas bkawan dgn awk ..

Iman membaca mesej itu berulang kali sambil memikirkan siapakah yang member nombornya kepada Hafiz. ‘’hmmm lantaklah sapa pun yang bagi..dah penat nak fikir’’ Iman berkata-kata didalam hatinya.
******************************​******************************​**********************
Hari demi hari hubungan Iman dengan Hafi bertambah erat. Walaupun mereka tidak pernah bertentang mata namun keakraban mereka melebihi segala-galanya.
Hari ini genaplah 3 bulan perkenalan mereka.Mereka belum berkesempatan untuk berjumpa kerana Iman masih belum bersedia untuk bertemu Hafiz . mereka hanya berkirim gambar sahaja melalui MMS. Walau bagaimanapun, Hafiz sering melihat Iman dari jauh. Hafiz amat tertarik dengan sikap Iman yang sentiasa ceria bersama teman-temannya. Hal itulah yang menyebabkan Hafiz benar-benar ingin mengenali Iman.
Sekarang Iman dan Hafiz sedang bercuti pertengahan semesta. Iman berada di kampungnya yang terletak di Pahang manakala Hafiz masih di Shah Alam kerana bekerja secara sambilan di sebuah Hotel yang terletak di Subang Jaya.
Tepat pukul 12 malam Hafiz menelefon Iman dan menjelaskan isi hatinya kepada Iman.

‘’Iman, Fiz nak luahkan sesuatu pada Iman..Fiz sebenarnya dah lama jatuh cinta pada Iman tp Fiz takut nak luahkan sebab takut Iman menjauhkankan diri dari Fiz andai Fiz terus terang. Fiz jatuh cinta pada Iman sejak pertama kali terpandang Iman.’’ Hafiz memghentikan ayatnya sambil mengeluh. ‘’Iman, izinkan Fiz bertakhta dihati Iman, izinkan Fiz mencintai Iman. Fiz janji takkan hampakan Iman.

Iman terkedu dengan pengakuan itu ‘’ erkkk, biar betul Fiz?? Iman tak tau nak cakap macammana sebab terkejut sangat. Fiz yakin ke betul-betul cintakan Iman?’’

‘’Fiz yakin Iman, Fiz betul-betul cintakan Iman.Iman terimalah Fiz jadi sebahagian dari hidup Iman’’. Rayu Hafiz.

‘’Oklah Fiz, Iman terima Hafiz jadi sebahagian dari hidup Iman. Iman terima Fiz seadanya dan Iman harap Fiz juga terima Iman seadanya. Iman harap Fiz tak permainkan cinta Iman ’’.

Hafiz menjawab, ‘’ Iman,fiz janji takkan sekali-kali permainkan hati,cinta dan perasaan Iman. Fiz janji’’.
******************************​******************************​********************
‘’ Iman, Fiz dapat tawaran kerja offshore dengan Exxonmobil. Fiz dah berhenti belajar. Jadi, kita terpaksa tangguh dululah pertemuan kita sebab 21 Jun ni Fiz dah nak kene lapor diri. Mungkin lambat lagilah kita boleh jumpa sebab lepas ni Fiz sibuk dengan training selama 1 tahun. Harap Iman sabar ye. Fiz kerja ni pun sebab nak kumpul duit. Nanti dah cukup duit kita kahwin yea sayang. Iman bagi masa kat Fiz setahun untuk kumpul duit,InsyaAllah tahun depan kita kahwin’’ jelas Fiz pada Iman.

‘’ Yelah Fiz, Iman faham. Fi jangan curang dengan Iman ye. Iman betul-betul da mula cintakan Fiz. Iman harap Fiz sentiasa setia dengan Iman sebab Iman tak pernah curang dengan Fiz’’ ujar Iman sambil menahan sebak. Sedih dengan berita yang baru disampaikan oleh Hafiz.

Hafiz memujuk Iman, ‘’ sayang janganlah sedih, Fiz pergi kerja cari rezeki,kan kita nak kahwin. Iman jangan sedih-sedih ye. Fiz selalu ada untuk Iman.’’
Bulan berganti bulan, hubungan mereka makin rapat. Iman semakin mencintai Hafiz. Hubungan mereka sudah melewati usia setahun namun mereka masih belum berkesempatan untuk berjumpa memandangkan kerjaya Hafiz yang baru bermula membuatkan Hafiz sukar memohon cuti.
Walaupun pergaduhan kecil sering berlaku disebabkan kesukaran mereka untuk berjumpa namun semua itu bukan alasan untuk Iman curang.

Salam, hai Iman. Apa khabar? Iman sihat?
-Abang wan-

Iman mengenali pemuda itu. Dia adalah sahabat baik Hafiz.

Salam..Alhamdulillah iman sihat abg..abg sihat x? Berapa lama cuti? Sama dengan Fiz jugak ke?

Hubungan Iman dengan wan rapat seperti abang dan adik. Wan juga bekerja satu tempat dengan Hafiz. Iman dan Wan sering berbalas mesej. Iman amat senang dengan sikap Wan yang amat prihatin terhadapnya. Walaupun Iman tidak pernah berjumpa dan bercakap dengan Wan didalam telefon namun dia tahu Wan seorang abg yang baik. Manakala hubungan Iman dengan Hafiz tetap utuh dan semakin mekar walaupun dari kejauhan.
******************************​******************************​*********************
Tett..tett... bunyi nada mesej dari telefon Iman. Iman membuka mesej tersebut dan mendapati pengirimnya adalah Abg Wan.

Salam.. Iman tengah buat apa tu? Iman abg ada 1 perkara nak bagitahu Iman. Iman dah bersedia ke nak dengar??

Berdebar-debar jantung Iman tatkala membaca mesej tersebut
Salam abg.. Iman tak buat apa-apa,baru sudah masak je ni.. Yea abg.napa ehh?? Ada perkara mustahak ke yang abg nak bgtaw? Iman sedia nak dengar. Cakaplah bang.

Tak lama kemudian Iman tiba-tiba menerima panggilan telefon dan tertera nama ‘Abg Wan’.
‘’Hello’’ Iman memulakan berbualan.
‘’Hello Iman’’, Wan menjawab.
Dada Iman berdegup kencang keran itu adalah suara Hafiz!!! Bagaimana suara hafiz tapi yang sedang bercakap itu adalah wan?? Semua itu menjadi tanda Tanya pada Iman.
Ni sapa? Abg Wan ke Hafiz?? Kenapa suara Hafiz tapi yang naik nombor abg??
Iman menyoal Wan..
‘’Iman, ni Abang Wan. Abg nak terus terang kat Iman. Abang dah tak sanggup nk tipu Iman lagi. Iman, sebenarnya Hafiz da hampir 8 bulan tipu Iman. Hafiz sebenarnya dah kahwin semasa kalian tengah bercinta. Dia kahwin semasa hubungan kalian lebih kurang setahun. Dia paksa abg ganti tempat dia untuk jaga Iman. Sim kad dia ada pada abg.selama itulah juga Iman mesej dan bercakap dengan abg bukan dengan Fiz. Suara kami memang sama. Sebab tulah Iman tak dapat cam antara suara abg dan dia. Maafkan abang Iman kerana sebab kawan abang pun sanggup tipu Iman’’. Terus tenag Wan kepada Iman.

Bagai halilintar membelah bumi, dihujung talian Iman sudah mula tersedu sedan. Sukar digambarkan dengan kata-kata betapa terlukanya Iman di kala itu. Satu penipuan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata.

‘’abang,apa salah Iman? Mengapa Fiz sanggup buat Iman macam ni? Mengapa dia tak terus terang dengan Iman? Apa dosa Iman pada dia? Hina sangatkah Iman pada dia sampai sanggup tipu Iman? Mengapa dulu berjanji dengan Iman akhirnya dia sendiri mungkiri janji? Napa abang juga tipu Iman? Napa abang ?? Hancur hati Iman abang tahu x? Cinta yang Iman beri,ini yang dia balas. Setelah Iman cinta sepenuh Hati pada dia, setelah bermacam-macam pengorbanan yang Iman lakukan ini balasan dia. Patutlah susah nak jumpa bermacam-macam alasan tercipta. Sampai hati dia buat Iman macam ni’’ sendu Iman.

‘’ Iman maafkan abang. Abang tersepit antara Iman dan Kawan baik abang. Fiz minta abang jaga Iman sementara dia ceraikan isterinya sebab tu abang sanggup ganti tempat dia sekejap. Abang tak mahu hubungan kalian putus. Tapi sekarang Fiz da hilangkan diri. Abang dah tak tahu kemana dia pergi. Maafkan abang Iman, maafkan abang abg berdosa pada Iman. Hidup abang tak tenang Iman. Abang nakk terus terang dengan Iman namun abang tak sanggup kerana abang mula jatuh cinta dengan Iman.abang takut kehilangan Iman’’.

Iman mematikan talian kerana sudah tidak mampu mendengar apa-apa penjelasan lagi dari Wan. Ketika itu Iman amat terluka dengan perbutan kedua-duanya yang sanggup menipu dirinya. Iman menangis dan terus menangis. Hancur hatinya mendengar khabar yang tidak pernah dijangka. Sia-sia cintanya selama ini langsung tak dihargai oleh lelaki yang hanya pandai menabur janji. Dan Iman pun menangis sepuas-puasnya dengan pendustaan demi pendustaan yang dia terima. ''YA Allah pilunya hatiku pedihnya aku menangung semua ini..mengapa disaat aku mencintainya dia permainkan hatiku..mengapa aku tertipu..sukarnya nak menerima kenyataan pilu ini..Ya ALLAH kuatkan hatiku tabahkan aku''

Kini, tawar sudah hatinya untuk dimiliki dan mencintai. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Iman pasrah dengan suratan takdir. Biarlah Hafiz bahagia diatas penipuan yang dia cipta.

Wednesday 6 July 2011

Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman
Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar, Rockersejati
ROCK....... YEA... YEA...

Tuesday 5 July 2011

nIlAi sEbUaH sYg bUkN hNy sEkAdAr mEmiLiKi jAsAdnYa,,tTaPi nIlaI 
sYg i2 aKn lBh bRhRgA aNdaI dApt mEmeNanGi aTynYa dGn pEnuH 
kEiKhLaSan...sTiaP pRsHbTan jGn d cMaRi dGn dNdm yG 
bRpNjnGn......mSkip0wN tNpA
lFaZ cnTa dN sYg,,diRiMu tTaP bRsMadI d lPtAn aTy sLmA nYa...kU 
cArI..cNta yG xpNh mLukai,,cnTa yG xpNh mMungkiRi kTa aTy..
Biler kiter syg org tu,
Kita tnggu dia lame pn x per,
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2...
Ati kate ala,adatlah ada yang mnunggu & d’tnggu...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan,ada dia lyn kiter???
Ati kate,x pe dia busy kott!!!

Biler kiter syg org tu,
Kita gdh ngan dia,kita dim jea...
Tp dia heboh 1 dunia...
Ati kate x pe,dia tension tue...

Biler kiter syg org tue...
Kita kol nak ckp ngan dia...
Tp dia bg phone kat org len atau matikan...
Biler jd cm2,x pe...
Ati kata,x pe...lyn je,kwn dia,kwn kiter gak...

Biler kiter syg org tu...
Kita b’cerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik...

Tp biler dia bercerita ngan kita???
Kita dgr,sepatah2 kite kena ingt...
klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu,
Kita & dia lpr...
Tp kiter bg sume roti kita kat dia...
Ati kata,ala jaga lh ati dia,sian dia…

Biler kiter syg org tue,
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih,dia srh jugak kiter lyn dia bila dia bsn...
Adil ker???Ati kata,ala bukan selalu pun...

Biler kiter syg org tue,
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Ati kata,ala x pe,x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam...

Biler kiter syg org tu,
Kita x pnh pntingkan diri sndri,
Tp dia hpokrit thp gaban..
Ati kata x per,dia mmg cm2 kene lah trima...

Biler kiter syg org tue,
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya,
Tp dia x tahu kiter b’dpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit bese2 jer,jgn nk mngrt...
Ati kata,cmnelah dia biler kiter x de,msti dia hepi...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x snggp tngk dia derita,
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tue,
Kiter snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia...
Tp adakah dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata,x pe,janji dia bhgia...

Dan...
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya...
Dia dtg ziarah pusara kiter...
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter tnggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan ati kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter klprn sbb dia...
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter...
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan skt kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri...
Dia mintak maaf sebab x pernah tngk p’deritaan kiter...

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....

HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG... I love you
jikq titisqn hujqn membsqhi jendelq mu,itu tndq airmatq ku menitis merindui mu,jikq qdq dqrqh yqng menitis dqri jqri mu,it2 tndq sesuqtu yqng buruk terjqdi pqdq diriku,jikq kqu dqpqt melihqt qku di dqlqm tidur mu,qku igin mengucpkqn selqmqt mlm pqdq mu,jikq kqu tsedqr dqri tidur mu tdengqr ql-Qurqn sqyup2 di subuh hqri,itu tndq qku tlqh pergi sblum mu,jikq kqu mnqngis swqktu mlihqt qku di slubungi dgn kqin putih,mqqfkqn qku krnq x sempqt btemu dgn mu lqgi.

()� � �() 
( ; 
( O) saya kan, 
(,(��)(��) selalu 
ingat kat awak.. 
tiap2 malam 
suara awak 
lawak awak 
sumer la.. 
()� � �() 
( (�)(�) rindunye..!! 
( ) 
( (��)(��)

_________________
:::I`m that man:::

 Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
* Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
* Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
* Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
* Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
* Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
* Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
* Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
* Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
* Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
* Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
* Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersediala h untuk terbakar.
* Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
* Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
* Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
* Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
* Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang? Fikirkanlah! .
* “Lulus” dan “Gagal” adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah “pengetahuan” dan”Kejahilan” .
* Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
* Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
* Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
* Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
* Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
* Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
* Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
* Apabila anda telah sampai ke penghujung tali……dan tiada lagi simpulan untuk bergantung.. ….lompatlah ke tali yang lain.
* Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
* Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
* Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
* Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.
* Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
* Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,…..anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

- Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

- Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

- Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

- Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu, pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

- Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

- Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

- Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

- Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, pikirkan tentang seseorang yang
menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

- Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

- Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa. 

- Sukses tidak diukur dari posisi yang dicapai seseorang dalam hidup, tapi dari kesulitan-kesulitan yang berhasil diatasi ketika berusaha meraih sukses 

- Hari ini Anda adalah orang yang sama dengan Anda di lima tahun mendatang, kecuali dua hal : orang-orang di sekeliling Anda dan buku-buku yang Anda baca.

- Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.
dihadapan orang yang kita cintai
musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah
dihadapan orang yang kita sukai
musim dingin tetap saja musim dingin hanya suasananya lebih indah sedikit
dihadapan orang yang kita cintai
jantungmu tiba-tiba berdebar lebih cepat
dihadapan orang yang kita sukai
kita hanya merasa senang dan gembira saja
bila kau melihat ke mata orang yang kau cintai
matamu berkaca-kaca
bila kau melihat kemata orang yang kita sukai
engkau hanya tersenyum saja
dihadapan orang yang kita cintai
kata-kata yang keluar berasal dari perasaan yang paling dalam
dihadapan orang yang kita sukai
kata-kata hanya keluar dari pikiran saja
jika orang yang kita cintai menangis
engkau pun akan ikut menangis disisinya
jika orang yang kita sukai menangis
engkau hanya menghiburnya saja
….
perasaan cinta itu dimulai dari mata
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga
jadi jika kita mau berhenti menyukai seseorang
cukup dengan menutup telinga
tapi…apabila kita menutup matamu dari orang yang engkau cintai
cinta itu berubah menjadi tetesan air mata
dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama
tetapi…selain rasa suka dan rasa cinta
ada perasaan yang lebih mendalam
yaitu rasa sayang
rasa yang tidak hilang secepat rasa cinta
rasa yang tidak mudah berubah
perasaan yang dapat membuat mu untuk berkorban untuk orang yang kita sayangi
mau menderita demi kebahagiaan untuk orang yang kamu sayangi
cinta ingin memiliki
tetapi sayang..hanya ingin melihat orang yang disayanginya bahagia
walaupun harus kehilangan..
tandanya kamu sedang jatuh cinta
ketika kamu sedang bersama dia
kamu berlagak mengacuhkannya
tapi ketika dia tidak ada
kau berusaha mencarinya
pada saat itu kamu sedang jatuh cinta
walaupun ada orang lain yang selalu membuat mu tertawa
mata dan perhatianmu hanya tertuju padanya
maka..bisa dibilang kamu sedang jatuh cinta
walaupun seharusnya dia sudah menelpon mu untuk memberi tahu kabarnya
tapi telpon mu tak berdering
dan kau terus menunggu telpon itu
pada saat itu… kamu sedang jatuh cinta
jika kamu lebih tertarik pada email pendek daripada email panjang dari orang lain
kamu sedang jatuh cinta..
jika kamu tidak menghapus semua sms dalam handpon mu
karena ada satu sms dari dia
maka kamu sedang jatuh cinta
ketika kamu sedang mendapatkan sepasang tiket gratis untuk menonton film
kamu tidak akan pusing-pusing untuklangsung mengajak dia
pada saat itu kamu sedang jatuh cinta
kamu selalu bilang pada dirimu
ia hanya lah temanku
tapi kamu menyadari…
kamu tidak bisa menghindari daya tariknya
pada saat itu kamu sedang jatuh cinta
jika kamu sedang mendengar pesan ini..
dan seseorang muncul dalam pikiranmu..
maka…kamu pun sekarang sedang jatuh cinta pada orang itu…

Friday 1 July 2011

Ada beberapa perkara untuk mewujudkan penghargaan atau memberi cinta di antara pasangan.
PERTAMA- gunakan pelbagai kesempatan untuk mengungkapkan kepadanya yang kita bersyukur sebab Tuhan memberikan seseorang sebagai pasangan.
Kehadiran pasangan bukan saja kita inginkan, sebaliknya memang kita hargai. Dia begitu bernilai bagi kita sehingga kita bersyukur dia berada dalam hidup kita.
Kita dapat menunjukkan penghargaan melalui ucapan terima kasih,  tatapan sayang atau melakukan sesuatu yang disukainya. Di sini berlaku prinsip: bermula dengan terima kasih, berakhir dengan menerima kasih. Bermula dengan tidak tahu berterima kasih, berakhir dengan tidak ada kasih.
KEDUA – bersikaplah lemah lembut. Perlakuan kasar bukan saja meninggalkan luka kepada penerima malah merobek penghargaan kita terhadapnya.
Perhatikan prinsip yang berlaku di sini: Semakin halus kita memperlakukan cinta pasangan kita, semakin bernilai dia di hadapan kita.
Semakin kasar kita memperlakukannya, semakin rendah dia di mata kita.
KETIGA- perkara paling penting ialah utamakan kepentingan pasangan kita di atas kepentingan orang lain.
Cinta terungkap dengan jelas dalam wadah perbandingan. Bagaimana kita memperlakukan pasangan kita dibandingkan dengan bagaimana kita memperlakukan orang lain.
Siapa atau apa yang kita dahulukan mencerminkan siapa atau apa yang penting bagi kita. Dalam hal ini, perbuatan berbicara jauh lebih keras dari ucapan. Jadi, ucapan cinta kita mesti didukung oleh perbuatan kita yang mendahulukannya dibanding orang lain.
Bila itu tidak terjadi, pasangan kita akan segera tahu sesungguhnya ia tidaklah sepenting yang kita katakan. Prinsip yang berlaku di sini: Mengorbankan kepentingan sendiri, itulah cinta. Mengorbankan kepentingan pasangan kita, itu bererti kita menodai cinta pasangan kita.
 Bersama hari-hari semalam yang penuh luka, kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara. Ya, hari semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga. Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku. Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua.Benarlah kata-kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu. Jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan seperti aku, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirimu jua. Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta seorang wanita. Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. Tetapi mengapa kau melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu? Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk engkau menanggungnya. Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta. Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku. Terima kasih atas kelukaan itu, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya. Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki. Walaupun kelak gadis itu bukannya aku. Aku yang terluka: mr madah

Wednesday 22 June 2011

ku syairkan segala tentangmu
ku indahi bulan diwajah tersiratmu
ku halusi setiap sentuhan batinmu
dan ku rasai hatimu
maka hadirlah disetiap lelapku
syurgailah waktu hari2ku
warnailah zahirku dengan setiamu
agar ku tahu nikmatnya memilikimu

disaat aku melukis bicara
dikala waktu mengundang asmara
rebahkan hasrat menanti senja
apa lagi makna sejuta kata2

ku tulis setia di tembok penjara
melukis kata disisik mutiara
alunan tasik merdu bersuara
ingat ku kata engkaulah setia

ku luluhkan jiwa diranting kecewa.
mengharap pasti akarnya cinta
sampaikanlah emosi sang terluka
harap tercapai andai aku dah tiada..

renungan malam menunggu bintang
seruan waktu teruskan bersabar
apakan daya hati dah setia
ku simpulnya mati akhir terlerai
Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa
Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan
Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan
Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu
Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini
Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat kah?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: KALAH!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata KALAH salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid:Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka berasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.