bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Wednesday, 8 June 2011

ADUHAI WANITA...!!!


Peliharalah matamu..
Kerana matamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekatimu...

Peliharalah dirimu..
Usah menzahirkan perhiasan yang telah dikurniakan oleh Allah kerana perhiasan itu bukanlah untuk tontonan umum...


Wanita,
Sedarilah bahawa dirimu adalah satu fitnah.. Jadi, binalah jati diri anda sebagai seorang muslimah dan mu'minah solehah.. Kerana wanita solehah itu adalah sebaik - baik perhiasan dunia.

******************************************************************************************************

                         Duhai Wanita,
Dunia kini ketandusan wanita - wanita yang menjadi sumber cahaya bagi dunia muslimah.. Sepertimana Saiditina KhadijahSaiditina AisyahSaiditina FatimahRabiatul AdawiyahSayyidah NafisahSumaiyahAsiah dan ramai lagi para wanita yang menjadi bulan dan bintang dalam pejuangan Islam suatu ketika dulu.. Perjuangan yang tidak mengenal apa itu erti penat dah lelah.. Tugas siapakah lagi untuk mengembalikan ke'izzahan wanita bak wirawati seperti mereka ...??? Kalian... Kalianlah wahai para wanita.. Wanita yang mengaku muslimah. Kalianlah wanita - wanita itu duhai muslimah.. Ya, memang benar kalian bukan Saititina Khadijah, bukanlah juga Saiditina Aisyah mahupun Saiditina Fatimah az - Zahra dan seumpamanya.. Mungkin kalian terpikir bahawa kalian tidak mampu menjadi seperti meraka yang terdahulu.. Mereka yang berjuang memperjuangkan, mempertahankan dan meneguhkan addinul Islam.. Tetapi sekurang - kurangnya kalian mampu untuk mencuba menjadi seperti mereka.. Membantu dan menjadi sayap kiri kepada seorang lelaki.. Kalian jua mampu untuk menggegarkan dunia Islam.. Seperti Sumaiyah, mempertahankan agama walaupun nyawa menjadi gantian.. Seperti Asiah, hidup menjadi taruhan dalam pemerintahan raja kejam, Firaun.


Wahai Wanita..
Ayuh, bangunhlah kembali..bangunlah bersama - sama dalam memperjuangkan kalimah suci di atas muka bumi ini. Berlandaskan pensyariatan yang disyariatkanNya.. Kalianlah wanita itu dalam meneruskan suasana Islamiah dan menyampaikan risalah dan pegangan yang dibawa junjungan Agung, Nabi Muhammad s.a.w. .. Peranan kalian wahai muslimah... Peranan kalian wahai mu'minah.. Ayuh, sama - sama mengembalikan ke'izzahan suasana maghrifatullah sepertimana mujahidah - mujahidah tadi.

No comments:

Post a Comment