
hidup adalah mata dan telinga...masing2 ada fungsi..kena guna dgn baik agar kita tau sapa kita ..asal usul kita..dan apa yg kita cari selama ini..jgn silap langkah dalam menentukan hala tuju kita kerna tidak ada putaran kebelakang jika kita lalai..ayuh..langkah bersama sama menuju ke penghujung yg tiada kesudahan..dan apa bila tiba masa nya nanti....
Tuesday, 7 June 2011
Di suatu petang yang sunyi… “Aii Man, kenapa senyap saja ni? Termenungkan apa?” tanya seorang abang. “Tak ada apa pun bang. Cuma memikirkan bagaimana untuk memahami perasaan seorang yang bergelar perempuan,” terang Man dengan nada perlahan. “Pepatah Inggeris ada berbunyi, ‘never try to understand woman because you will never understand’. Walaupun ada benarnya pepatah itu, tapi sikap kamu untuk memahami perasaan perempuan ini boleh dibanggakan,” kata abang itu kembali. “Hmm..” sahut Man acuh tak acuh. …………………………………………… Di suatu ketika yang lain pula… “Kenapa ya perempuan ini sukar untuk ditelah kemahuan dan perasaan mereka?” soal seorang teman secara tiba-tiba setelah berdiam sekian lama. “Dan kenapa kamu tanya begitu?” soal pula seorang rakan yang lain. “Iyalah, emosi mereka cepat sangat berubah. Pagi dan tengahari tadi dia mengungkapkan kata sayang, bila masuk petang saja begitu mudah dia ungkapkan pula perkataan ‘I hate U’,” terang teman yang pertama tadi. “Biasalah perempuan. Mereka memang sukar untuk difahami. Mereka terlalu ‘complicated’. Kamu tidak pernah dengarkah bahawa perempuan ini boleh disamakan juga dengan masalah jika kita cuba buktikan dengan pengiraan matematik mudah?” bicara rakan yang kedua itu sambil mengiyakan kata-kata teman yang pertama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment