bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Thursday, 9 June 2011

IMAM MALIK

1.       BIODATA;
  • Malik Bin Anas Bin Malik
  • Lahir 93H di Madinah
  • Pengasas mazhab Maliki
  • Keturunannya dihormati
  • Meninggal dunia pada 179H ketika berusia 86 tahun

2.       SIFAT PERIBADI;
  • Akalnya cerdas (mampu hafaz al-Quran dalam usia muda)
  • Pendiam dan tidak suka berbual kosong
  • Berakhlak mulia, bersih dan suka memakai bauan harum
  • Suka bergaul dengan masyarakat tanpa mengira darjat (walaupun kaya)
  • Tidak suka mencela manusia
  • Pemurah (selalu sedekahkan hartanya pada jalan Allah)
  • Warak
  • Tidak pernah menunggang haiwan di Madinah (kerana menghormati jasad Rasulullah)
  • Tabah menghadapi cabaran ketika berdakwah (pernah diseksa kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh khalifah)
  • Sangat menghormati hadis :
-          Kebanyakan ulamak hadis mengakui bahawa hadis imam malik adalah yang paling sahih
-          Beliau akan mandi, memakai pakaian bersih, memakai bau-bauan dan memakai serban sekiranya persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan hadis
-          Beliau menyatakan bahawa hadis adalah petunjuk dan penuluh kepada seluruh manusia




3.       PENDIDIKAN;
  • Hafaz al-Quran dan hadis sejak kecil
  • Menuntut pelbagai ilmu di Madinah
  • Belajar daripada 900 orang guru (semuanya ulamak tabiin)

4.       SUMBANGAN;
  • Ulamak ahli hadis yang dihormati
  • Seorang mujtahid dengan mentafsir al-Quran dan hadis melalui pendapat sendiri yang amat disegani
  • Menganalisis hadis untuk merumus hukum agama (hingga menghasilkan kitab al-Muattok)
  • Kerap mangadakan majlis-majlis ilmu di masjid an-Nabawi bermula dari usianya yang muda
-          Bersungguh-sunguh semasa menyampaikan ilmu
-          Sering berjaga malam untuk mencari jawapan bagi masalah-masalah yang dikemukakan
-          Majlisnya kerap dihadiri oleh guru-gurunya sendiri kerana kebolehannya menjadi seorang guru yang baik.
-          Anak muridnya bukan dari kalangan masyarakat setempat sahaja malahan dari neger yang jauh
-          Dari pengajarannya bermula pegangan mazhab Maliki

5.       PENGHASILAN AL-MUATTOK;
  • Menghafaz 100 000 hadis kemudian dianalisis dan hanya 10 000 hadis diterima
  • Memadankan 10 000 hadis tadi dengan ayat-ayat al-Quran untuk menentukan kesahihannya
  • Hanya 5000  yang diterima dan diakui sebagai hadis Rasulullah
  • Hadis disusun mengikut urutan dan dibukukan dalam al-Muattok

6.       HUKUM-HUKUM AGAMA YANG DIBUAT OLEH IMAM MALIK BERDASARKAN;
  • Al-Quran
  • Hadis
  • Ijmak ulamak
  • Kias
  • Masalih mursalah

No comments:

Post a Comment