bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Tuesday, 7 June 2011

pertama kali

Pertama kali kutatap wajahmu ada getar yang menusuk kalbu, saat itu hanya suaramu yang bisa melunakkan tidorku, suaramu yang melenakan mimpiku.Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening matamu itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka izinkan aku mengubatinya namun jawapanmu sering menyongsang makna....kau biarkan aku tergapai-gapai begitu sahaja. Puas kukikis namamu,penat jasadku cuba melupakanmu, berkali-kali kubilang aku manusia yang tidak tahu malu....namun bayangmu jua yang hadir mengocak ketenanganku....belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan....tidak pernah jemu aku menunggu kerana aku tidak dilahirkan untuk tewas. Cinta bukan paksaan, cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami ibarat tugu di hati ini. Janji setia tak mungkin dimungkiri, namun takdir tetap mengatasi ianya tetap terjadi. Mengertilah ianya bukan kemahuan fikiran, biarpun bayangan duka merentasi hidup ini, aku tetap rela. Biar didera ataupun dipaksa, hatiku tidak serapuh salju!! Di manakah noktah semua ini?

No comments:

Post a Comment