Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu..
Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut...
23 hingga 1hb Disember -
Merah2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos -Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah
Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yangcomel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamujuga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satubadan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajakberbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingandengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamuceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu jugabersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih!Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagaiseorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Darisegi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cintadan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yangbenar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lamauntuk melafazkan sayang!
Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalumenitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamusering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamuyang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalammemilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilihyang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lainmenurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramahmembuatkan diri kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apajuga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahutentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhikeinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengankeindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikandiri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yangtidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan oranglain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamudisayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunyamereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dansilapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja danceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamusukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitusaja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kaliyang seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayaioleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu jugalebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yangjauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat jugaorangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yangbijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga sukamelakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpapedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadimasalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburuburu untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setiakamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atastiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, beranibuat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punyamatlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan>sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamusebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bilakepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu jugadalamperhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapatmendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudahterpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkanperanan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasagembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagidiri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamulebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agakstabilkewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah.Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlahkamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walaubagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juganamun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkankeadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihatsejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih sukabersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasanhati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dantak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejatijuga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukanapa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu keranakamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahanmendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukaruntuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar danperlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dansuka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkankamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorangyang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalupercayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukupmenenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagaiaktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorangteman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain.Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak bolehsesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuhcinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepatputus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamuperlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarikorangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai danmenjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil olehsesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa jugaperasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu bolehbersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hatiorang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalupemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yangharus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamuberbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitandengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangatjatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lainbercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintaisi dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubunganitu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
Biru laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamujuga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatianramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapiberhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah padaseseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan oranglain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun adamelakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untukmendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggiterhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalampelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnyadan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungancinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap sidia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburubuta namanya!
Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamuberubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendirimelayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Darisegi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudahpercaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalambercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelakmemakan diri!
No comments:
Post a Comment