bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Thursday 19 May 2011

Mengenali Diri Melalui Tarikh Lahir

1, 9 & 24
Umumnya, mereka ini bersifat pendiam dan konservatif.Namun, dengan orang tertentu, mereka cepat mesra.Tapi, mereka yang lahir pada tarikh ini mudah terperasan.Kerana itu, ramai yang tidak menyukai mereka.Namun begitu, mereka tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai.Dalam percintaan, mereka  sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangan.Tapi perlu berhati-hati kerana kerana kadang kala mereka lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cinta demi persahabatan yang telah lama terjalin

2, 11 & 30
Mereka mudah perasan dan tersinggung.Sifat yang suka menyendiri membuatkan mereka lebih gemar tinggal di rumah.Ramai yang suka bergaul dengan mereka kerana perwatakannya yang lembut dan ramah.Mereka paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati orang yang benar-benar dicintainya.Namun begitu, dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.Sayangnya, untuk urusan masa depan, dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu, perlu ada pendorong agar mereka tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri khas mereka yang lahir pada tarikh ini.Tapi, jangan cuba mempermainkan kerana mereka akan mengamuk dengan hebat.Mereka bersifat bijak dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.Tapi dalam soal cinta, mereka adalah pasangan yang sukar difahami.

4 & 13
Mereka ini pandai, suka bergaul dan mudah mengubah pendapat.Mereka seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, mereka merupakan pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak menyukai apa lagi bersimpati dengan mereka.Mereka sering bersifat dingin dengan orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.Tapi, mereka bersifat kelakar, mudah ketawa dan kadang kala bersikap keanak-anakan.

5 & 17
Mereka ini optimis, bercita-cita tinggi dan punyai kecenderunagn untuk berprestasi.Namun, mereka berwatak keras dan apa yang diingini selalu dipenuhi.Selalu memandang sesuatu daripada segi yang menguntungkan. Sayangnya, mereka suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, perlu berhat-hati kerana mereka suka bertukar-tukar pasangan.

6, 14 & 27
Mereka merupakan pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan mereka disegani.Dalam soal cinta, mereka ingin memberi yang terbaik kepada pasangan.Namun begitu, harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7, 28 & 31
Mereka bersifat terbuka, berterus terang dan jujur.Namun, mereka mudah terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu dengan mudah.Cinta bagi mereka diertikan sebagai mengisi masa lapang.Semasa bercinta, mereka sangat berhati-hati dan suka merayu dan jika pasangan berlaku curang, mereka dengan mudah meninggalkannya.
8 & 23
Mereka persifat peramah dan mudah terperasan.Pada teman-teman, mereka bersifat lembut dan bijak.Namun, mereka tersisih daripada teman-teman kerana rasa rendah diri yang tebal.Mereka perlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahu pun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling ketara ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi mereka ini penjimat.Dalam soal cinta, mereka seorang yang tabah dan rela berkoran.
10, 16 & 21
Bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam mencapai cita-cita.Dalam pergaulan sehari-hari, mereka mudah tersinggung.Namun, mereka seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan.Dalam soal cinta, mereka sangat setia dan sebab itulah mereka disenangi.Tapi, mereka mempunyai cemburu yang terlalu tinggi.Jika baik, mereka sangat baik namun jika jahat, mereka sangat jahat.

12 &19
Mereka bersifat suka dipuji.Mereka berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara.Pada dasarnya, mereka suka berdandan dan suka berpakaian rapi.Oleh kerana itu, mereka sering membelanjakan wang untuk menunjukkan penampilannya.Dalam kehidupan seharian, meraka disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijak membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam soal cinta, mereka adalah pasangan yang sangat susah dipercayai.

15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat riomantis daripada mereka.Mereka tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.Namun, mereka selalu bersikap penuh pengertian apabila menghadapi sesuatu masalah.Mereka sangat benci pada perkara yang berbau keributan atau huru-hara.Dalam soal percintaan, mereka menuntut untuk lebih diberi perhatian namun jarang mengambil berat pada pasangan. Namun, sikapnya disenangi kawan-kawan.

22 & 25
Watak mereka paling susah untuk difahami.Kadangkala meraka disukai kerana kebaikan dan kadangkala dibenci kerana perbuatan mereka.Namun, bagai kawan-kawan mereka merupakan penuh pengertian.Dalam pelbagai situasi, mereka lebih suka merendahkan diri, jarang sekali mahu menonjolkan kelebihan pada orang lain.Mereka ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah diberi jolokan ‘seniman asmara’.

sdmpti

No comments:

Post a Comment