bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Wednesday 22 June 2011

Asyik sedih jer…apa la…if life is meant to be happy…just enjoy your life….enjoy life tak semestinya gelak kah..kah..kah.. enjoy juga tak semestinya sengeh sehingga nampak kesemua barisan gigi, dan enjoy juga bukanlah bermakna anda senyum nyum..nyum sepanjang hari. tapi enjoy itu letaknya di sini..di sini…haaa di sini….dihati….sedangkan hati pula adalah daerah yang paaaaaling sulit…itu kata kopratasa lah….saya ngangguk je…..tapi betol lah tu, makna enjoy dalam hidup ialah bila Allah anugerahkan ketenangan pada hati. Ketenangan atau sakinah adalah sesuatu yang tidak mampu kita ciptakan, kerana ia adalah anugerah dari Allah. Sehebat atau sekaya mana pun manusia, mereka pasti tidak mampu untuk mencipta mahu pun mengusahakan sakinah….jesteru ianya adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka kita hendaklah meminta dan berdoa semoga Allah menurunkan ketenangan yakni sakinah kepada kita semua. Sakinah paling sukar dikecapi terutama ketika kita diuji dengan kesakitan, kekecewaan, kesedihan mahupun segala macam lagi permasalahan yang mengganggu fikiran.

No comments:

Post a Comment