bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Wednesday 22 June 2011


bila disebutkan cinta........terbayang Romeo yg sanggup mati kerana Juliet ........ Cleopatra yg sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda dan Dara yg ;bersanding; di pusara ATAU Qaisy yg sanggup menjadi majnun@gila kerana terpisah dgn Laila. Itulah kisah cinta yg selalu dipasak ke dalam minda kita melalui filem-filem atau legenda mahuapun dongeng. Namun bedgitu sahabat, realiti yang terjadi pada hari ini, zaman ini.......tidak kurang hebatnya.....bahkan mungkin lebih hebat.


ISH3 .......Ramai golongan remaja yg sanggup bkn setakat menderhakai....bahkan meninggalkan ibu bapa mereka untuk mengikut 
pujaan hati@ boyfren @couple@ pacar. Bak pepatah melayu: Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Buang emak buang saudara,Kerana kasih hamba turutkan. bukan setakat itu.....malah ada yang sanggup menukar agama untukmemiliki cinta.Fuh....manusia tanpa cinta umpama bumi tanpa sang suria.Kalau kita menonton filem-filem hindustan ......kadang-kadang cinta seolah-olah dinobatkan sebagai tuhan...... segala-galanya kerana cinta. Mere mohabbat he!!!


Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta. Keinginan itu tidak perlu dipelajari ataupun dicari. Lelaki menginginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang ajaib itu tetap akan datang juga. Betul x? Tidak kuasa hati menolaknya.Apatah lagi jika cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah ia membakar. Bila cinta mencengkam diri.......makan tak kenyang,tidu x lena, mandi pown x basah. Pendek kata.....serba-serbi tak kena. Hu3.

Golongan bijak panda mengingatkan: Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia.Pertama, yang sedang lapar, kedua yang sedang sakit dan ketiga ialah orang yang sedang mabuk cinta. Kenapa? Orang yang lapar hanya sedang memikirkan perutnya. Orang yang sakit, sedang derita menanggung sakitnya. Orang yang bercinta pula, hanya memikirkan yang dicintai. dia seolah-olah mabuk dan sedang berada di alam yang lain. Orang nampak dia, tapi dia x nampakorang.....

Naper? x percaya ker?......Anda pernah terserempak dengan sepasang kekasih di stesn komuter atau bas? Semua orang malu melihat gelagat keterlaluan mereka, tapi mereka x sedar diri..... btol x?
 Mari sama-sama kita bayangkan...sedemikian indah dan damainya syurga. namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. So....kita anak cucu pewaris rasa cinta.....akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.bak lirik lagu: rasa cinta psti ada...pada makhluk yang bernyawa.

No comments:

Post a Comment