alunan rindu
di hatiku
mengundang resah di kalbu
mencari
memerhati
mana dia kesayangan hati
leka bersembunyi
alunan rindu
bertiup merdu
lena dalam dakapan pilu
terjaga kerana panggilan itu
hadirlah kembali
kita nikmati
alunan rindu
sementara aku ada masa
sementara aku masih bernyawa...
No comments:
Post a Comment