bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Thursday, 16 June 2011

asalnya satu perjumpaan
membawa kepada perkenalan
lalu terbitlah sayang
berlanjutan menjadi hubungan
kemudiannya terlanjur rapat
sehingga membenih zuriat

akhirnya menjadi perpisahan
membawa kepada keterpencilan
lalu sayang bertukar benci
berlanjutan menjadi pertelingkahan
kemudiannya terlanjur kesal
sehingga zuriat dibuang

tapi kesal
tak akan lama
nanti kan terjalin pula
satu perjumpaan baru
yang akan berkitar
sehingga akhir waktu

nilai nafsu
diletakkan tinggi
nilai nyawa
senangnya dibuang-buang

selamat datang
ke dunia
akhir zaman

No comments:

Post a Comment