
hidup adalah mata dan telinga...masing2 ada fungsi..kena guna dgn baik agar kita tau sapa kita ..asal usul kita..dan apa yg kita cari selama ini..jgn silap langkah dalam menentukan hala tuju kita kerna tidak ada putaran kebelakang jika kita lalai..ayuh..langkah bersama sama menuju ke penghujung yg tiada kesudahan..dan apa bila tiba masa nya nanti....
Tuesday, 7 June 2011
Benar kata mereka, Hanya diperlukan seminit bagi menafsir seseorang, sejam bagi menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi percayalah! percayalah untuk melupakan seseseorang itu memerlukan waktu seumur hidup. Bila perasaan cinta itu muncul maka kita impikan segala kebahagiaan dan menaruh harapan. Tapi apakah dia tahu betapa dalamnya cinta kita pada dia. Cinta pada yang tak sudi dan memang tiada hati terlalu amat sangat sakit dan pedih. Aku anak kuat Mereka kata, cinta tidak boleh dipaksa pada yang tidak sudi.. Tapi bukankah cinta boleh dipupuk? Jika cinta boleh dipupuk tapi bagaimana jika dia langsung tidak membuka ruang pada kita.. Aku anak kuat tapi bila cinta dalam aku muncul aku jadi lemah.. Aku lemah pada cinta yang muncul tanpa aku pinta.. Sungguh! Dulu aku tidak pernah kenal apakah itu erti cinta, erti sayang, erti rindu.. Tapi kini, aku kenal segala rasa itu.. Ia sangat kuat hingga tidur aku bangun aku hanya memikirkan dia! Dia insan yang membuatkan aku terbang tinggi! Buat aku menaruh harapan segala tinggi nya langit.. Apakah ini cinta dalam ataupun cinta gila? Percayalah! Bahawa cinta ini buatkan aku sanggup merenang lautan berapi. Buatkan aku merendahkan segala ego. Membuatkan aku puja ia segala dan membuatkan aku menjunjung tinggi dia dan tidak dibiarkan satu benda yang mengusik.. Bila cinta itu muncul, Tidur malam aku terjaga! Aku menadah telapak tangan mendoakan harapan semoga tuhan buka pintu hatinya untuk menerima aku.. Setiap sujud aku, aku tangis merayu “Tuhan aku cinta dia! Aku Sayang Dia! Apakah ia tidak tahu ya Allah? “ Aku Anak Kuat! Cinta Aku Amat Dalam! Tapi kalau orang tak sudi, Apakah perlu kita tunggu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment