bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Friday 17 June 2011

dahulu bila masa masih panjang
langkah ini sering asyik terhenti-henti
sering menoleh belakang...
mengharap kamu datang
membawa sebuah persahabatan yang indah
yang pernah membawa kami sentiasa ceria
walau kami dijarakkan dengan seribu persoalan 
yang takkan mungkin ada jawapan pasti
kamu tidak pasti dengan jawapan 
aku juga tidak mampu persoalkan...
antara kita masih kekal sentuhan perasaan 
kita pegang sebuah janji...
perasan yang tak mungkin hilang begitu sahaja..
sukarnya meluah rasa itu kini
dalam hati bisanya meresap jauh 
aku tak mampu menyatakan lagi

batasan yang terbina
bila malam hanya terpancar segala
keindahan kita...
kini....
hanya mampu memusnahkan hati
menghancurkan setiap kepingan rasa
yang begitu payah untuk aku kutip
bila kamu membisu...
aku menjadi pilu

setiap kepayahan yang kita lalui
dengan senyuman yang terukir
kita sering saja tidak mengakui
tentang apa ada dalam hati
soal jiwa yang degil
aku masih menanti kamu hadir
tapi semakin aku tunggu
semakin terasa jauhnya kamu...

aku hanya mahu mengalah
dengan langkah perlahan
sebuah hadiah tersedia...
kamu ku berikan kemenangan
dalam segala rasa...
aku mengalah kerna aku tak mampu
kemahuan aku sudah kamu miliki
kamu miliki...

aku rela pergi
membiarkan segala yang aku bina dulu
tersergam tanpa kamu
puas menanti kamu
di sini...
ianya tetap kekal 
akan rasa itu.
walau aku sudah tiada lagi.

No comments:

Post a Comment