bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Thursday 16 June 2011

kini aku diduga lagi
dengan rasa yang tidak ingin aku miliki
aku diduga dengan rasa sakit
dengan rasa beku dingin dihati
sukarnya aku untuk meluahkan rasa ini
kerana aku ingin sekali kau ada disisiku
dikala ini
namun aku tahu
ada ruang untuk kamu
teruskan terlebih dahulu
aku mengerti kasih
dalam diam aku memahami kamu
walau adakalanya aku seperti
tidak memahami kamu
percayalah kasih
titisan air mataku hari ini
hanya kerana
dihatiku masih ada cintamu
masih ada wajahmu
andai aku yang bersalah
maafkan aku
derai rindu ini begitu terasa
hingga aku tidak mampu
mengukir senyum dalam ketenangan

No comments:

Post a Comment