bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Friday 17 June 2011

ku ingin engkau tahu
sejauh mana aku merajuk denganmu
ianya hanya sekadar sekerat hari saja
kerana ku tak mampu tanpa dirimu
didetik-detik hari hidupku
ku ingin engkau tahu
sedalam mana rajukku padamu
ianya tidak pernah mencalari rasa cintaku padamu
kerana dihatiku kaulah segalanya
insan yang aku cintai sayangi
ku ingin engkau tahu
sekeras mana rajukku padamu
ianya tidak pernah menidakkan rinduku padamu
semakin ku rajuk padamu makin kuat rasa rindu datang buatmu
ku ingin engkau tahu
sekeras rajukku padamu
ianya akan mencair
dari batu menjadi ais
sekrat hari sudah melapangkan dadaku
tanpa perlu untuk dirimu memujuk diriku
kerana ku tahu rajukku itu hanya sementara cuma
ku ingin engkau tahu
rajuk rajukku jua
aku tak pernah lupakan waktu untuk bersama dirimu
kerana kaulah pemilik singgahsana hatiku
tak mungkin aku biarkan dirimu tanpa diriku
ku ingin engkau tahu
rajukku ini hanya kerana ingin dipujuk
meraih perhatian darimu
di kala hati rasa rindu yang menggebu
ketika sepi terusik dihati.

No comments:

Post a Comment