bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Thursday 16 June 2011

tidak ada apa yang paling mengembirakan
bila mengetahui kaulah sahabat sejati
yang selalu mengulurkan tangan
walau kesakitan dan kesepian sering melanda
kau tetap dengan kesetiaan yang tidak pernah berpenghujung
bersama hingga akhirnya

pernah kau katakan
akan bersama ku hingga akhirnya
walau apa pun terjadi
tetap kau setia disisi

disaat itu terasa betapa agungnya anugerah illahi
kurniaan pada hamba yang lemah seperti ku
kehadiran kau bagaikan sebutir permata yang bersinar
menerangi segenap pelusuk malam
dengan cahayamu yang terang benderang
menghiasi alam ini dan tidak ada apa yang ku inginkan lagi
kerana KAU telah kurniakan dia atas segalanya

sungguh aku berterima kasih
pada mu wahai sahabatku yang jauh
kerana sudi menjadi sehabat sejatiku
tapi kadang-kala aku terlalu merindui mu
hinggakan berderai air mata ku..
kerana terlalu mengingatkan semua tentang dirimu

biarpun kehilangan telah menyapa persahabatan kita
aku sungguh redha pada ketentuan illahi
DIA telah mengatur hal terbaik dalam hidup kita
jangan sekali kau tangisi perpisahan ini
kerana hikmah tersembunyi sukar kita ketahui

berhentilah kalau kau sedang berduka
dan senyumlah dengan senyuman mu yang beribu itu
insyaAllah sahabatku yang jauh dimata... dekat dihati
kita pasti akan berjumpa lagi..
kerana aku yakin Allah akan pertemukan kita kembali
dan menyatukan kita semula seperti dahulu...

hanya tuhan saja yang tahu betapa aku rindui senyuman mu.. dan suaramu yang selalu menasihatiku, tentang kehidupan didunia ini..

jua segalanya tentangmu sahabat, menjadi ingatan padaku...
dan yakinlah sekalipun umur, wajah dan suaraku akan berubah,
tapi didalam hatiku tidak ada satu pun yang akan berganjak.. kerana itulah kata yang selalu ku pohon dari illahi

[Al-Fatihah]

No comments:

Post a Comment