bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Saturday 18 June 2011

Wahai isteriku Semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah oleh Allah SWT Dengan semata-mata mengharapkan diriNya Wahai isteriku, Aku redha dan rela dirimu mencintai Allah Lebih daripada mencintai diriku Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku, Kau bukan sekadar mencintai diriku, Malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja Sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku. Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT. Wahai isteriku Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu. Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah. Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah. Jagai jiwa kami ya Allah. Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendak-Mu ya Allah. Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepada-Mu ya Allah. Terima kasih ya Allah..terima kasih.

No comments:

Post a Comment