bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Friday, 17 June 2011

Dia seorang ibu
dan dia juga seorang guru

Dia ibu ku dan juga seorang guru
dia menjaga kami diteratak kehidupan 
dirumah kami
dia menyusui kami ketika kami kecil
dan dia juga mengajar kami 
untuk mengenal kehidupan duniawi
dirumah dia ibu
adalah segalanya bagi kami
makan minum dijaga rapi
dia memberi sepenuh kasih sayang pada kami
Ibu
selamat hari ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu

Dan dia juga seorang guru
mengajar murid sudah beribu
bagaikan ubur cahaya menerangi 
tanpa jemu memberi ilmu
hendak melihat anak bangsa maju
itu murid ibu dulu
bebal lemah nakal degil payah dipujuk
ibu dengan senang hati menasihatinya
hingga murid itu cekal kembali dalam menuntut ilmu
ibu tetap berbangga sesiapa yang pernah dididiknya
dari jejari halus yang kekok nak menulis
dan pelat membaca
kini mereka-mereka beroleh kejayaan
dia ibu dan dia juga seorang guru
Cikgu Selamat hari Guru
terima kasih cikgu
terima kasih cikgu

No comments:

Post a Comment