bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Friday 17 June 2011

Lihatlah piala-piala aku dahulu
terlalu banyak dalam lemari kaca
lihatlah pingat-pingat aku dahulu
bergantung banyak didinding-dinding
kemenangan demi kemenangan dahulu
kemegahan-kemegahan ku dulu 
hanya tinggal kenangan
pingat dan piala buat tontonan

Tapi apakah hadiah kemenangan ku sekarang
Dulu ku kumpulkan pingat dan piala
sukan berpidato menulis
malah apa saja ku inginkan semuanya perhargaan
plastik besi dan gulungan sijil
untuk tontonan cucu-cucu dan cicit
itu pun kalau mereka mahu tahu
siapa diri ini...

Atau ku hadiahkan pada cucu cicitku masa depan
untuk mereka sitar kedalam tong sampah
dan sijil-sijil yang ku perolehi semuanya untuk dibakar
bukan untuk disimpan lagi
apakah kemegahanku dulu
boleh dibawa hingga keakhir hayat kini...

Bila usia dah menjangkau
urat kaki pun mula sakit
lutut pun dah tak bermaya lagi
mungkinkah aku kan perolehi hadiah
dari anak-anak cucu kepadaku
sebuah kerusi roda 
bagaikan menerima piala dan pingat
untuk perhargaan kehidupanku ini
tapi bukan untuk bermegah lagi..

No comments:

Post a Comment