bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Thursday 16 June 2011

disuatu pagi
kulihat lingkaran yang membentangi
diatas penglihatan ku terangi
antara bening pagi dan tengahari


------------------------------------------------

aku melihatnya dengan penglihatan yang amat dalam
seukir lingkaran yang penuh warna
mencorak warna pandanganku
diwaktu itu

alangkah indah melihatnya lagi
kerana bukan mudah untuk bertemu
dan menghayati dengan penuh isi hati
kejadian alam penuh misteri

ku anggap
tuhan menghadiahi pelangi untuk ku
kerana kesabaran yang kuharungi
sebagai pengulit hatiku
untuk terus-terusan lagi

terima kasih Tuhanku
yang pengasih dan penyayang
jua empunya segala kewujudan
kerana engkau aku terus bertahan, terima kasih wahai penciptaku yang agung

------------------------------------------------

dan pelangi pun berlalu pergi
meninggalkan peristiwa untuk dikenangi
menjadi pengubat rindu dihati
akan kasih Allah illahi

No comments:

Post a Comment