bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Thursday, 16 June 2011

Ong Ong Ong
kedengaran katak sambung menyambung
mungkin kut cuba menghubungi K.A.T.A.K yang hilang
ditepian bendang 
yang semalamnya hujan amat lebat
sambil berbunyi sambil berenang

Ong Ong Ong
sekejap melompat kekiri 
sekejap melompat ke kanan
tubuh licin berkilat warna hijau
mata besar berkilauan emas
suara katak-katak
Ong Ong Ong
tak henti putus

Cuaca mulai mendung 
langit mulai gelap
awan berat mulai bergerak
si katak terus menerus Ong Ong Ong
bagaikan minta hujan turun cepat

hisk katak hijau nih
dahlah tak sabar
membuat awan terasa amat sedih
mendengar seruan-seruan katak

Ong Ong Ong
akhirnya titisan renyai mulai membasahi bumi
perlahan-perlahan akhirnya lebat sekali

katak-katak
amat bergembira sekali
bersuka-suka melompat dan berenang dalam air
sambil berbunyi Ong Ong Ong
manalah K.A.T.A.K yang lama menghilang...

No comments:

Post a Comment