bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Friday 17 June 2011

Dulu sumpahku gempur
setiap musuh negara akan kuhabiskan
biar putih tulang 
jangan putih mata

Kini sumpahku akur
setiap penyeludup
akan ku rampas
termasuk rokok tanpa cukai
akan tersungkur

Aku juga pendekar
menjaga siapa yang keluar dan masuk 
pintu negara kami perhati
pendatang tanpa izin
dan pelancung yang tamat tempoh 
ingin bermastautin
akan ku cari
untuk dipersilakan pulang ke negara asal mereka


Aku juga dikira pendekar
akan ku gempur
kedai-kedai yang menyembunyikan barangan 
gula dan minyak akan ku cari
akhirnya harga dinaikan lagi
malang sungguh pendekar ini


Jangan kau pandang serong
siapa aku ini
aku pendekar juga
atas jalanraya dan dimana-mana
mat rempit dan penjenayah 
aku tangani
sudah tentu aku wira nombor satu dinegara ini

aku juga wira pendekar panglima dizaman ini
jangan lupa kamu semua tontoni
atas pentas kami bersandiwara
siap dengan pakaian hulubalang
berkeris disisip
kami selebriti pendekar sejati
dunia filem dan pentas kami beraksi

semuanya nak jadi pendekar
semuanya ada sumpahnya tersendiri
lautan direntas tujuh benua dihalangi
lanun somalia beribu batu dihalangi
itulah kami
pendekar panglima dilautan samudra
kami gempuri

ada yang melihat sebelah mata
kami adalah pendekar juga
sumpah bakti setia
jangan main ambil saja
walau udang disebalik mee
rasuah kami perangi
durjana ini mesti dihapuskan
kerana rasuah rosaklah negara
rosaklah organisasi

eleh
kami juga pendekar negara ini
tanpa kami apalah sangat negara ini
kami pak menteri
kami yang akan mentransformasi
membawa negara kearah kejayaan
dikenali dimata dunia
.....itu kata kami..politik ditangan kami....

No comments:

Post a Comment