Sumpah pendekar
Datok Panglima dan hulubalang
Musuh bukan tradisi
musuh datang kita tentangi
musuh terpa kita gempur
musuh bersembunyi kita cari
Bersumpahlah wahai pendekar
negara aman sentiasa dilindungi
agi hidup agi ngelaban
dari hati murni
jiwa ikhlas dan suci
Negara aman merdeka
darat laut udara dilindungi
dari segala musuh yang tidak disenangi
Sumpah pendekar
kami hormati
sekalung budi kerana berbakti
bukan pingat yang dicari
jasamu tetap dikenang hingga ke mati
No comments:
Post a Comment