bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Tuesday, 14 June 2011

Orang sempurna menarik? Kita selalu mahu menjadikan diri kita sempurna, supaya orang lain suka pada kita dengan melihat kesempurnaan kita. Namun apa yang berlaku adalah mereka suka pada kita kerana ketidaksempurnaan ataupun kekurangan kita. Percaya aaupun tidak? Lebih baik kita percaya. Contohnya sekiranya kita merasakan pakaian yang kita pakai itu cantik dan menarik kerana ia adalah rekaan fesyen terkini. Adakalanya orang lain nampak kita pelik dan janggal. Apa yang kita nampak sebagai sempurna dalam diri kita yang diharapkan sebagai faktor yang bakal menjadikan orang lain tertarik dengan diri kita, tetapi sebaliknya kekurangan diri kita yang menjadi daya penarik bukannya kelabihan kita.

Contohnya sekiranya kita seorang yang berpendidikan tinggi dan pandai. Kita merasakan orang melihat kita sebagai seorang menarik kerana faktor pendidikan kita. Namun sebaliknya kita dilihat menarik kerana kita seorang yang suka merendah diri.

No comments:

Post a Comment