bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Sunday 19 June 2011

Warna Kesukaan


Putih

Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang lelaki yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesionalnya.

Merah

Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia juga melambangkan bahawa seseorang lelaki dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa peribadinya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkaitan dengan tenaga seksual dan juga kemarahan.

Merah Jambu
Ia adalah campuran merah dan putih, melambangkan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren

Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah lelaki.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik unutk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu tetapi bagi sesetengah lelaki, ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau

Warna ini adalah campuran kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkaitan dengan pertumbuhan dan pembiakan. Dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.

Ungu

Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Lelaki yang gemar warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam

Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat ‘sofistikated’ dan boleh menyesuaikan diri dengan cepat.

Coklat

Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai masa depan yang cerah. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar kerap memilih warna coklat termasuk unutk pakaian, kereta mahupun bilik tidur.

No comments:

Post a Comment