bluesselamanya

bluesselamanya
puteh

Sunday 19 June 2011

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

No comments:

Post a Comment